MENU

HARI JALINAN KASIH 2020

MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU

(Disediakan oleh: Unit Perhubungan Awam & Korporat MDHT)

RABU, 28 OKTOBER 2020: Majlis Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan Hari Jalinan Kasih 2020 bertempat di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang pada jam 3 petang. Majlis dimulakan dengan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W sempena Maulidur Rasul 1442H/2020M. Hadir ke majlis ini ialah Tuan Yang Dipertua En. Ahmad Rizal Bin Mamat, Setiausaha Encik Mohd Fauzi bin Muda, Ahli-ahli Majlis MDHT dan seluruh kakitangan Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Majlis dirasmikan dengan ucapan Yang Dipertua, En. Ahmad Rizal bin Mamat di mana beliau menyatakan harapan kepada semua kakitangan MDHT supaya dapat memberi kerjasama dan komitmen dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan. Majlis diraikan dengan jamuan makan dan turut dimeriahkan dengan Acara Cabutan Bertuah. Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada kakitangan cemerlang bagi tahun 2019 turut diadakan.

Majlis turut meraikan pertukaran bekas Yang Dipertua, En. Wan Muhd Masyhum bin Wan Harujan dan Setiausaha Noor Zatil Aqmar binti Mohamad Nor dengan Acara Penyampaian Nota Serah Tugas dan cenderamata penghargaan. Turut diraikan ialah kakitangan bersara dan bakal bersara dengan Acara Penyampaian Cenderamata Penghargaan. Majlis diakhiri dengan Acara Memotong kek dan Penyampaian Hadiah Sukan Dalaman Majlis Daerah Hulu Terengganu Tahun 2020 serta jamuan makan.

Selamat datang dan selamat berkhidmat di Majlis Daerah Hulu Terengganu diucapkan kepada Tuan Yang Dipertua, En. Ahmad Rizal Bin Mamat dan Setiausaha, Encik Mohd Fauzi bin Muda. Tahniah dan selamat berkhidmat di tempat baru diucapkan kepada En. Wan Muhd Masyhum bin Wan Harujan dan Pn. Noor Zatil Aqmar binti Mohamad Nor dan syabas buat semua penerima Anugerah Pekerja Cemerlang (APC) 2019 Majlis Daerah Hulu Terengganu dan kepada pemenang-pemenang bagi Acara Sukan Dalaman MDHT 2020. Buat kakitangan yang bersara dan bakal bersara, jasamu tetap dikenang.

PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG BAGI TAHUN 2019

1. Mohd Nazri bin Ab Rahman (Jabatan Kejuruteraan)

2. Ahmad Afandi bin Azmi (Jabatan Kejuruteraan)

3. Apisah binti Ab Latif (Jabatan Perbendaharaan)

4. Syaza Izyan binti Ab Azih (Jabatan Perkhidmatan Perbandaran)

5. Syed Muhammad Hafizul bin Syed Mustafa (Unit Perhubungan Awam dan Korporat)

6. Noor Hafizah binti Baharudin (Unit Perhubungan Awam dan Korporat)

7. Mohd Nafisah bin Ismail (Bahagian Penguatkuasaan)

8. Mohd Saari bin Muda (Jabatan Khidmat Pengurusan)

9. Rizwan bin Razali (Bahagian Lanskap)

10. Khairol bin Ali (Jabatan Kejuruteraan)

11. Ali Hilmi bin Abdul Halim (Jabatan Khidmat Pengurusan)

KAKITANGAN BERSARA/ BAKAL BERSARA

1. Pn. Apisah binti Ab Latif (1982-2020)

2. En. Ramli bin Tahir (1985-2020)

3. Pn. Maimun binti Ahmad (2004-2020)