MENU

LAWATAN SEHARI BERSAMA PENGERUSI JAWATANKUASA KERAJAAN TEMPATAN, PERUMAHAN, KESIHATAN DAN ALAM SEKITAR NEGERI TERENGGANU

ISNIN, 02 NOVEMBER 2020: Lawatan YB Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, YB Dr. Haji Alias Bin Razak ke Projek Perumahan Daerah Hulu Terengganu melibatkan Tapak Perumahan Padang Setengga, Tapak Projek Rumah Mampu Milik (RMM) Tajin, Tapak Projek Perumahan SPNB Kuala Ping, Hulu Terengganu bagi tujuan memantau perkembangan semasa Projek Rumah Mampu Milik di Daerah Hulu Terengganu. Lawatan ini turut disertai oleh Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau Negeri Terengganu, YB Dr. Mamat bin Puteh.

Turut sama menyertai dan mengiringi lawatan ini ialah Yang Dipertua, En. Ahmad Rizal bin Mamat dan Setiausaha MDHT, En. Mohd Fauzi bin Muda bersama Ahli-ahli Majlis, Pegawai Perancang Bandar dan Desa dan  Penolong-penolong Jurutera Majlis Daerah Hulu Terengganu.