Maklumbalas Dan Aduan:
![]() |
Maklumbalas aduan akan dikemukakan kepada pengadu dalam tempoh 2 minggu dari tarikh aduan. |
![]() |
Aduan bagi sampah sarap akan diberi maklumbalas dengan kadar segera. |
Pelan Bangunan
![]() |
Meluluskan permohonan pelan bangunan jenis skim dan premis perniagaan dalam tempoh 4 minggu dari syarat dipatuhi beserta dengan dokumen yang lengkap diterima. |
![]() |
Mengeluarkan keputusan terhadap pelan bangunan bukan jenis skim (4 unit ke bawah ) dalam tempoh 4 minggu dari tarikh syarat dipatuhi. |
![]() |
Mengeluarkan keputusan terhadap pelan tambahan dan pindaan kepada bangunan dalam tempoh 4 minggu dari tarikh syarat dipatuhi. |
![]() |
Mengeluarkan keputusan pelan permit kecil bangunan dalam tempoh 2 minggu dari tarikh syarat dipatuhi. |
Pelan Landskap
![]() |
Memastikan permohonan pelan landskap diberi kelulusan dalam tempoh 10 minggu dari tarikh permohonan yang lengkap. |
Pungutan Dan Pengangkutan Sampah
![]() |
Memberi perkhidmatan pungutan dan pengangkutan sampah setiap hari di kawasan bandar dan taman perumahan dan 2 hari sekali bagi kawasan-kawasan lain. |
Sijil Layak Menduduki
![]() |
Mengeluarkan sijil layak menduduki untuk bangunan dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan permohonan yang lengkap. |
Pembersihan Jalan Dan Rumput
![]() |
Kerja pembersihan jalan dilakukan 2 kali seminggu di kawasan perumahan dan setiap hari di jalan protokol dan kawasan tumpuan orang ramai. |
![]() |
Kerja-kerja merumput dijalankan 2 kali sebulan di kawasan perumahan, jalan protokol, tepi-tepi jalan dan kawasan tumpuan orang ramai. |
Peminjaman Peralatan Gotong Royong
![]() |
Peralatan gotong royong akan dipinjamkan sekiranya dipohon seminggu sebelum tarikh gotong royong. |
Pelesenan
![]() |
Meluluskan permohonan lesen dalam tempoh 1 bulan setelah menerima permohonan yang lengkap |
Pengeluaran Bil Dan Bayaran Pembekal
![]() |
Mengeluarkan bil-bil Cukai Taksiran sebelum bulan Februari tiap-tiap tahun dan menghantar ke alamat berkenaan dalam masa 2 minggu. |
![]() |
Bayaran kepada pembekal akan dibuat dalam tempoh 3 minggu bekerja setelah dokumen yang lengkap diterima oleh Bahagian Kewangan. |