MAJLIS PELANCARAN TABUNG AID4 PALESTINE 2.0 PERINGKAT MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU

MAJLIS PELANCARAN TABUNG AID4 PALESTINE 2.0 PERINGKAT MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU

AHAD, 26 NOVEMBER 2023: Majlis Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan Majlis Pelancaran Tabung Aid4 Palestine 2.0 Peringkat Majlis Daerah Hulu Terengganu oleh En. Mohd Fadli bin Ngah, Yang Dipertua MDHT. Perlancaran ini adalah sebagai inisiatif menyokong usaha pihak Kerajaan Negeri Terengganu dalam memenuhi sasaran RM1 juta sumbangan dikumpul dalam tempoh 1 bulan demi membantu meringankan beban penderitaan penduduk Palestin yang menjadi mangsa rejim zionis. Perlancaran tabung ini juga turut menzahirkan semangat solidariti dan prihatin Warga MDHT kepada perjuangan rakyat Palestin.

Majlis berakhir dengan persembahan video perkongsian daripada pihak Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu yang turut berkongsi informasi dan pengurusan Tabung Aid4 Pelestine 2.0. Ucapan terima kasih di atas kehadiran pihak Urusetia Belia, Sukan dan NGO Terengganu Sejahtera (UBSNT) dan pihak Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu.
Pin It

MDHT logofooterHULU TERENGGANU DISTRICT COUNCIL,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

GENERAL LINE : 09-6811 149 / 466
FAX : 09-6811 655
E-MAIL : mdht@terengganu.gov.my
OPERATION HOURS : Sunday - Thursday | 8:00am - 5:00pm

Disclaimer : Hulu Terengganu District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Majlis Daerah Hulu Terengganu

MyGov Portal
TERENGGANU PAY
BILANGAN PREMIS DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU TERENGGANU