Skip to content

Tahniah dan syabas!

Share
Tahniah dan syabas!

Related News

TAHNIAH DAN SYABAS!

TAHNIAH DAN SYABAS!

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Majlis Daerah Hulu Terengganu atas kejayaan meraih ANUGERAH PLATINUM dalam Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Tahun 2026. Kejayaan ini diraih menerusi projek inovasi: 🏆 “Mempercepat Proses Pengeluaran Lesen Pasar Malam/Sehari daripada 14 Hari kepada 30 Minit.” Kejayaan ini mencerminkan komitmen, dedikasi dan usaha berterusan Bahagian Pelesenan dalam memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan serta memudahkan urusan rakyat melalui pendekatan yang lebih pantas, cekap dan berkesan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja serta pasukan yang terlibat dalam merealisasikan kejayaan ini. Ucapan penghargaan juga kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu & pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Terengganu yang banyak memberi tunjuk ajar dan panduan dalam menjayakan projek RKB ini. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus mencipta perubahan, memperkukuh budaya kerja cemerlang dan memperkasakan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih responsif serta berorientasikan rakyat.

Read More
NOTICE ON THE USE OF THE TEMPORARY PERMIT MANAGEMENT SYSTEM (TemPe)
Announcements

NOTICE ON THE USE OF THE TEMPORARY PERMIT MANAGEMENT SYSTEM (TemPe)

NOTICE ON THE USE OF THE TEMPORARY PERMIT MANAGEMENT SYSTEM (TemPe) Please be informed that the review and payment of temporary permits can now be carried out through the TemPe System. The use of this system aims to facilitate a more systematic, transparent, and orderly payment process, in line with the Council’s commitment to strengthening integrity and promoting good governance. Please click the link below to access the TemPe System. https://www.mdht.gov.my/ms

Read More