Langkau ke kandungan

Piagam Pelanggan

Kongsi
Piagam Pelanggan

Maklumbalas Dan Aduan

  • Aduan akan diselesaikan dalam tempoh 15 hari bekerja daripada tarikh aduan diterima.

    (Tertakluk kepada aduan yang tidak melibatkan sebarang peruntukan kewangan)

Pelan Bangunan

  • Meluluskan permohonan pelan bangunan bagi jenis skim dan premis perniagaan dalam tempoh 50 hari daripada tarikh syarat dipatuhi berserta dengan dokumen yang lengkap diterima.

  • Mengeluarkan keputusan terhadap pelan bangunan bukan jenis skim (4 unit ke bawah ) dalam tempoh 14 hari daripada tarikh syarat dipatuhi.

  • Mengeluarkan keputusan terhadap pelan tambahan dan pindaan kepada bangunan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh syarat dipatuhi.

  • Mengeluarkan keputusan pelan permit kerja bangunan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh syarat dipatuhi.

Permohonan Pelan Landskap

  • Memastikan permohonan pelan landskap diberi kelulusan dalam tempoh 42 hari daripada tarikh permohonan yang lengkap.

Surat Sokongan Perakuan Siap & Pematuhan (CCC)

  • Mengeluarkan surat sokongan Perakuan Siap & Pematuhan (CCC) layak menduduki untuk bangunan dalam tempoh 14 hari.

Kebenaran Merancang

  • Keputusan kebenaran merancang yang lengkap akan dikeluarkan dalam tempoh 57 hari.

Pembersihan Jalan dan Rumput

  • Kerja pembersihan jalan dilakukan setiap hari kecuali hari Jumaat di kawasan perumahan dan jalan protokol dan kawasan tumpuan awam.

  • Kerja-kerja memotong rumput dijalankan setiap hari mengikut jadual kecuali hari Jumaat di kawasan perumahan dan jalan kampung dan kawasan tumpuan awam.

Peminjaman Peralatan Gotong-Royong (Jentera)

  • Kelulusan permohonan pinjaman peralatan (Jentera) gotong-royong dalam tempoh 7 hari bekerja.

Keputusan Permohonan Lesen

  • Keputusan permohonan lesen akan dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh 21 hari bekerja selepas mendapat keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pelesenan, Penguatkuasaan dan Undang-Undang.

Pungutan dan Pengangkutan Sampah

  • Memberi perkhidmatan pungutan dan pengangkutan sampah setiap hari bagi kawasan operasi MDHT.

Pengeluaran Bil dan Bayaran Pembekal

  • Memastikan Bil Cukai Taksiran bagi setengah tahun pertama (Januari - Jun) dikeluarkan sebelum bulan Februari dan bagi setengah tahun kedua (Julai - Disember) sebelum bulan Ogos bagi setiap tahun. Cukai Taksiran yang gagal dibayar selepas 31 Ogos akan dikenakan denda.

  • Pembayaran bagi tuntutan kerja dan bekalan akan dibayar selewat-lewatnya dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen yang lengkap diterima sebagaimana Arahan Perbendaharaan 103 (A).

Operasi Haiwan Berkeliaran

  • Operasi haiwan merayau bagi mengurangkan ternakan berkeliaran dalam kawasan operasi Majlis Daerah Hulu Terengganu akan dijalankan sebanyak 8 kali dalam sebulan.