SELAMAT DATANG, PUAN NOREHAN BINTI MOHAMAD
Seluruh warga Majlis Daerah Hulu Terengganu dengan penuh rasa hormat dan tulus hati mengalu-alukan kehadiran puan sebagai Setiausaha Majlis Daerah Hulu Terengganu.
Semoga kehadiran puan menjadi suntikan semangat, membawa idea dan inspirasi baharu di Majlis Daerah Hulu Terengganu.
Selamat datang dan selamat menjalankan amanah. Semoga setiap langkah yang diatur dipermudahkan dan segala usaha yang dicurahkan memberi manfaat serta meninggalkan nilai yang bermakna buat kita semua di Hulu Terengganu.
SELAMAT MAJU JAYA & TERIMA KASIH
Sekalung penghargaan buat En. Mohd Hamdan bin Mohd Nor, Setiausaha, atas segala dedikasi, komitmen dan sumbangan sepanjang berada di Majlis Daerah Hulu Terengganu.
Setiap amanah yang dilaksanakan dan setiap sumbangan yang dicurahkan pastinya menjadi sebahagian daripada perjalanan serta kenangan yang akan terus dihargai.
Semoga terus cemerlang dalam amanah baharu di Majlis Perbandaran Dungun.
Terima kasih atas segala jasa. Selamat melangkah ke destinasi baharu.
MAJLIS SEKALUNG BUDI MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU
ISNIN, 14 SEPTEMBER 2026 : Majlis Sekalung Budi Majlis Daerah Hulu Terengganu telah diadakan di Dewan Terbuka Majlis Daerah Hulu Terengganu sebagai tanda penghargaan dan apresiasi kepada Setiausaha Majlis Daerah Hulu Terengganu, Encik Hamdan bin Mohd Nor, yang akan bertukar perkhidmatan ke Majlis Perbandaran Dungun.
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Encik Nik Mohd Syahrom bin Nik Md Hashim, Ahli-ahli Majlis serta seluruh warga kerja Majlis Daerah Hulu Terengganu.
Penganjuran majlis ini merupakan satu penghormatan kepada Encik Hamdan bin Mohd Nor atas segala khidmat bakti, komitmen, dedikasi dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau bersama Majlis Daerah Hulu Terengganu.
Segala jasa dan usaha yang telah diberikan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh seluruh warga kerja MDHT. Sesungguhnya, perpindahan ini bukanlah noktah kepada sebuah hubungan, sebaliknya menjadi lembaran baharu untuk terus mengukir kecemerlangan dalam perkhidmatan awam.
Seluruh warga kerja Majlis Daerah Hulu Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan.
Semoga Encik Hamdan bin Mohd Nor terus dikurniakan kejayaan, dipermudahkan segala urusan serta mencapai kecemerlangan dalam menjalankan amanah di Majlis Perbandaran Dungun.
Sekalung budi, setinggi-tinggi penghargaan.
Jasa dikenang, bakti disanjung
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penerima - penerima atas pengurniaan anugerah sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.
Pengurniaan tersebut disempurnakan dalam Istiadat Penghadapan dan Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri.
MENJUNJUNG KASIH TUANKU.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penerima - penerima atas pengurniaan anugerah sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.
Pengurniaan tersebut disempurnakan dalam Istiadat Penghadapan dan Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri.
MENJUNJUNG KASIH TUANKU.
Ikhlas daripada:
Ahli Majlis dan Seluruh Warga Kerja Majlis Daerah Hulu Terengganu
𝐒𝐄𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈-𝐓𝐈𝐍𝐆𝐆𝐈 𝐓𝐀𝐇𝐍𝐈𝐀𝐇
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penerima - penerima atas pengurniaan anugerah sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.
Pengurniaan tersebut disempurnakan dalam Istiadat Penghadapan dan Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri.
MENJUNJUNG KASIH TUANKU.
PERBARISAN DAN PERARAKAN SEMPENE SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU
ISNIN, 31 OGOS 2026 : Kontinjen Perbarisan Kawad Kaki Majlis Daerah Hulu Terengganu telah menyertai pertandingan Perarakan dan Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2026 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman yang bertemakan “Malaysia Madani Kesejahteraan Dinikmati” bagi kategori Badan Berkanun Tidak Beruniform. Yang Dipertua MDHT, YBrs. Encik Nik Mohd Syahrom bin Nik MD Hashim memberi tabik hormat kepada kontinjen perbarisan MDHT. Turut hadir juga En. Mohd Hamdan bin Mohd Nor, Setiausaha MDHT bagi memberikan sokongan kepada kontinjen perbarisan MDHT.
Terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat terutama sekali kepada pihak pengurusan dan urusetia perbarisan kawad kaki MDHT yang sentiasa memberikan yang terbaik kepada kontijen perbarisan kawad kaki MDHT. Tahniah & Syabas sekali lagi!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!
MDHT TERUS MELANGKAH, TERUS BERSEMANGAT!
RAPTAI PENUH PERBARISAN SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE-69 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2026
SABTU 29 OGOS 2026 : Kontinjen Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) telah menyertai Raptai Penuh Perbarisan dan Perarakan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 Peringkat Negeri Terengganu 2026 yang berlangsung di sekitar Kuala Terengganu.
Raptai ini merupakan persiapan akhir bagi memastikan kelancaran dan kesempurnaan acara yang akan berlangsung pada 31 Ogos 2026 (Isnin).
Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69!
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati
Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan MDHT 2025
Mesyuarat Penutup Pengauditan Penyata Kewangan Majlis Daerah Hulu Terengganu bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2025 telah berlangsung pada 26 Ogos 2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Audit Negara Negeri Terengganu.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Mohd Faidzal bin Abu, C.A (M), CPA (M), Pengarah Audit Negeri Terengganu, serta turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Encik Nik Mohd Syahrom bin Nik Md Hashim, bersama wakil-wakil jabatan dan pegawai kanan Jabatan Audit Negara Negeri Terengganu.
Sesi ini bertujuan membentangkan pemerhatian dan penemuan audit serta cadangan penambahbaikan pengurusan kewangan MDHT ke arah meningkatkan akauntabiliti, ketelusan dan keberkesanan tadbir urus.
MDHT merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Jabatan Audit Negara Negeri Terengganu atas kerjasama dan pandangan yang diberikan
KENYATAAN TAWARAN SEBUTHARGA PELUPUSAN ASET ALIH KERAJAAN
Tawaran adalah dipelawa dari Syarikat atau orang perseorangan yang berminat untuk membeli aset seperti di iklankan.
*Sila pastikan anda telah membaca syarat-syarat yang ditetapkan terlebih dahulu.
*Sila ‘click link’ di bawah untuk butiran lanjut :
Borang Penyertaan Lelongan & Syarat-syarat yang ditetapkan :
https://eborang.mdht.gov.my/
LAWATAN KERJA KE WAT AKIYAKIRI, KAMPUNG PAUH LIMA KOTA BAHRU
ISNIN, 24 OGOS 2026 : Satu lawatan kerja yang di Ketuai oleh YB Dato’ Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu, bersama YB Ir. Haji Saiful Azmi bin Suhaili, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu telah diadakan di Wat Akiyakiri, Kg Pauh Lima, Kota Bharu.
Delegasi telah disambut oleh YB Wan Rohimi Wan Daud, ADUN Melor, bersama Ketua Whip MDKPI, Encik Mohd Asri Yunus serta pegawai-pegawai MDKPI. Turut serta dalam lawatan tersebut, En Hamdan bin Mohd Nor Setiausaha Majlis Daerah Hulu Terengganu dan Puan Asfazilah binti Samad, Timbalan Pengarah (Perancangan) PLANMalaysia Negeri Terengganu.
Pelbagai maklumat mengenai pengurusan dan pengoperasian krematorium diperolehi hasil dari lawatan tersebut. Di samping itu pihak delegasi juga mendapat gambaran sebenar mengenai aspek-aspek berkaitan yang boleh dijadikan rujukan dalam meneliti perancangan kemudahan seumpamanya di Hulu Terengganu.
Sepanjang lawatan, turut berlangsung perkongsian pandangan dan maklumat yang memberi manfaat kepada pihak-pihak terlibat, khususnya dalam memahami keperluan pengurusan kemudahan tersebut dari sudut pihak berkuasa tempatan. Penerangan lanjut turut diberikan oleh Encik Koo Bon Chin wakil dari Pertubuhan Perkuburan Tionghua Wakaf Tapai, Marang berkenaan cadangan pembangunan yang akan di bangunkan di Daerah Hulu Terengganu. Penerangan dan pandangan dari pelbagai pihak tersebut dapat dijadikan panduan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam melayani permohonan yang diterima dan membuat keputusan.
Diharapkan lawatan ini juga dapat memberi idea serta input baharu dalam merancang pembangunan daerah yang lebih tersusun, inklusif, berdaya huni dan mesra komuniti, dan mewujudkan persekitaran yang lebih selesa untuk masyarakat.
TAHNIAH KONTINJEN KARATE SUKMA NEGERI TERENGGANU
Setinggi-Tinggi Tahniah Diucapkan Kepada Kontinjen Karate Sukma Negeri Terengganu Atas Kejayaan Meraih 1 Pingat Emas Dan 1 Pingat Gangsa.
Turut hadir En. Mohd Hamdan bin Mohd Nor, Setiausaha Majlis Daerah Hulu Terengganu, selaku Jabatan Angkat bagi Sukan Karate Negeri Terengganu 2026.
Tahniah dan syabas! Teruskan kecemerlangan!