Langkau ke kandungan

Pekeliling & Panduan

Kongsi
Pekeliling & Panduan

Proses Kerja Bagi Penerimaan Permohonan

Pekeliling Bil.1/2008- SUK.TR.JPA(S)TT. 193/37 Klt.5(38)

Bil

Proses Kerja

PENERIMAAN & PENDAFTARAN PERMOHONAN LENGKAP

1.

Beri Senarai Semak dan Borang Permohonan Kelulusan Pelan Bangunan kepada pemohon.

2.

Terima pelan dan dokumen berkaitan yang dikemukakan pemohon.

Semak dan tandakan pada senarai semak Kelulusan Pelan Bangunan untuk penerimaan permohonan.

3.

Jika tidak lengkap, pulangkan pelan dan dokumen kepada pemohon.

4.

Jika lengkap, daftarkan permohonan dan buka bil.

PENGEDARAN PELAN & DOKUMEN PERMOHONAN UNTUK ULASAN / SOKONGAN TEKNIKAL

1.

Sediakan Borang B1 dan C1 untuk memaklumkan kepada pemohon bahawa permohonan telah diterima dan diproses.

2.

Sediakan Borang B2 dan C2 Permohonan Ulasan / Sokongan Jabatan-jabatan Teknikal dan isi Rekod Daftar pada fail permohonan.Serah Borang B2 kepada PAR OSC.

3.

Tandatangan Borang B1, C1 dan B2, C2 untuk edaran jabatan-jabatan Teknikal

4.

Edarkan Borang B2, pelan dan dokumen-dokumen berkaitan ke Jabatan-jabatan Teknikal

PENGEDARAN PELAN & DOKUMEN PERMOHONAN UNTUK ULASAN / SOKONGAN TEKNIKAL

1.

Terima sokongan / ulasan jabatan teknikal dalam tempoh 14 hari. Rekodkan ulasan / sokongan pada Rekod Daftar fail permohonan/Portal.

2.

Sekiranya ulasan tidak diterima melebihi tempoh masa yang telah ditetapkan, surat peringatan akan dikeluarkan.

Proses Kerja Bagi Penerimaan Permohonan