MAJLIS PERASMIAN DAN PELANCARAN LORI KOMPAKTOR
Sekitar majlis perasmian dan pelancaran lori kompaktor baharu bagi kutipan sisa pepejal domestik di bawah Majlis Daerah Hulu Terengganu
Sekitar majlis perasmian dan pelancaran lori kompaktor baharu bagi kutipan sisa pepejal domestik di bawah Majlis Daerah Hulu Terengganu
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Majlis Daerah Hulu Terengganu atas kejayaan meraih ANUGERAH PLATINUM dalam Persidangan Nasional Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) Tahun 2026. Kejayaan ini diraih menerusi projek inovasi: π βMempercepat Proses Pengeluaran Lesen Pasar Malam/Sehari daripada 14 Hari kepada 30 Minit.β Kejayaan ini mencerminkan komitmen, dedikasi dan usaha berterusan Bahagian Pelesenan dalam memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan serta memudahkan urusan rakyat melalui pendekatan yang lebih pantas, cekap dan berkesan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada seluruh warga kerja serta pasukan yang terlibat dalam merealisasikan kejayaan ini. Ucapan penghargaan juga kepada pihak Pejabat Setiausaha Kerajaan Terengganu & pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Terengganu yang banyak memberi tunjuk ajar dan panduan dalam menjayakan projek RKB ini. Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus mencipta perubahan, memperkukuh budaya kerja cemerlang dan memperkasakan penyampaian perkhidmatan awam yang lebih responsif serta berorientasikan rakyat.
Baca LagiMakluman Penggunaan Sistem Pengurusan Permit Sementara (TemPe) Dimaklumkan bahawa urusan semakan dan bayaran permit sementara kini boleh dibuat melalui Sistem TemPe. Penggunaan sistem ini bertujuan menyokong proses pembayaran yang lebih sistematik, telus dan teratur, selaras dengan komitmen Majlis dalam memperkukuh integriti serta tadbir urus yang baik. Sila tekan link dibawah untuk mengakses sistem TemPe. https://www.mdht.gov.my/ms
Baca LagiIKLAN KEKOSONGAN PREMIS MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU OKTOBER 2026
Baca LagiNOTIS PEMBERITAHUAN MAKLUMAN PENUTUPAN JALAN FT247 β JAMBATAN SG. KEPAH Dimaklumkan bahawa Jalan FT247 Seksyen 11.60, Jalan Kuala Berang β Sungai Tong, melibatkan Jambatan Sungai Kepah, akan ditutup sepenuhnya kepada semua jenis kenderaan mulai 13 Oktober 2026 (Selasa), jam 9.00 pagi sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Sehubungan itu, semua pengguna jalan raya dinasihatkan supaya menggunakan laluan alternatif yang telah disediakan dan merancang perjalanan masing-masing bagi mengelakkan sebarang kesulitan. Kerjasama dan perhatian semua pengguna jalan raya amat dihargai. Sekian, terima kasih. JABATAN KERJA RAYA HULU TERENGGANU.
Baca Lagi