๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐จ๐๐จ ๐ง๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ก๐จ ๐๐๐๐ฆ๐๐ก๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก ๐ฃ๐๐ฆ๐๐ฅ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐ ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐๐๐ฅ๐๐ ๐๐จ๐๐จ ๐ง๐๐ฅ๐๐ก๐๐๐๐ก๐จ ๐๐๐๐ฆ๐๐ก๐ ๐๐๐ ๐ฃ๐๐ก ๐ฃ๐๐ฆ๐๐ฅ ๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐, ๐๐ ๐๐ฎ๐ฅ๐๐ข ๐๐๐๐ (๐๐๐ฅ๐๐ฌ๐) โ Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) telah melaksanakan Kempen Pasar Malam Bersih 2026 di Tapak Pasar Malam Kuala Berang sebagai usaha memperkasakan budaya kebersihan dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan peniaga serta pengunjung.
Kempen ini bertujuan mewujudkan persekitaran pasar malam yang lebih bersih, selamat dan kondusif melalui amalan pengurusan sisa yang lebih sistematik serta pemeliharaan kebersihan kawasan perniagaan.
Antara pengisian utama program ialah:
Pembahagian tong sampah kepada para peniaga bagi memudahkan pengurusan sisa dan memastikan setiap gerai sentiasa bersih.
Penerangan ringkas mengenai kepentingan penjagaan kebersihan serta tanggungjawab peniaga dalam memastikan kawasan perniagaan berada dalam keadaan bersih sepanjang waktu operasi.
Hebahan dan promosi Kempen Pasar Malam Bersih 2026 sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan kebersihan dan kelestarian alam sekitar.
Majlis Daerah Hulu Terengganu berharap inisiatif ini dapat meningkatkan kesedaran semua pihak terhadap kepentingan menjaga kebersihan serta memperkukuhkan kerjasama antara pihak majlis, para peniaga dan masyarakat dalam menjadikan pasar malam sebagai lokasi perniagaan yang bersih, ceria dan selesa.