Langkau ke kandungan

Cukai Taksiran

Cukai harta yang dikenakan ke atas semua pegangan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).

Kongsi

Cukai Taksiran Am ialah cukai harta yang dikenakan ke atas semua pegangan atau harta berdasarkan nilai tahunan dan kadar tahunan.

Tujuan

  • Pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur awam (lampu jalan, perhentian bas, kemudahan awam, jalan, parit)

  • Perkhidmatan pembersihan kawasan kediaman dan komersial melalui pengutipan sampah, potongan rumput, dan landskap

  • Penyelenggaraan pusat peniaga dan kemudahan awam di kawasan komersial utama

Cara Pengiraan

Cukai dikira menggunakan: Nilai Tahunan (berdasarkan nilai sewa semasa) × Kadar Tahunan (mengikut kategori dan lokasi harta)

Contoh: Sewa bulanan RM400 → Nilai tahunan RM4,800 → Kadar 4% → Cukai: RM192/tahun