‘CLEAN OUR LAKE, SAVE OUR NATURE’ PROGRAM KESEDARAN KEBERSIHAN DAN PEMBUANGAN SISA PEPEJAL & KUMBAHAN KEPADA OPERATOR RUMAH BOT/ BOT LAJU TASIK KENYIR

 
RABU,14 SEPTEMBER 2022: ‘CLEAN OUR LAKE, SAVE OUR NATURE’ Program Kesedaran Kebersihan dan Pembuangan Sisa Pepejal & Kumbahan kepada Operator Rumah Bot/ Bot Laju Tasik Kenyir bertempat di Lawit Lodge Tasik Kenyir. Program di bawah Local Agenda 21 Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini telah dirasmikan oleh Tn. Haji Lukema Meri bin Salleh@ Abdul Latif, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu. Program ini diadakan bagi mewujudkan perkongsian antara Pihak Berkuasa Tempatan, masyarakat dan pihak swasta dalam kerjasama dalam merancang dan menguruskan kawasan persekitaran ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi.

Antara pengisian program ialah Taklimat Fungsi dan Peranan Jabatan Alam Sekitar dalam menangani Isu-isu Pencemaran Kawasan Tasik Kenyir oleh Pn.Zaleha bt Abdullah, Pen. Peg. Kawalan Tertinggi di Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu. Taklimat Cadangan Pengurusan Pengoperasian Sanitary Pump Out Barge(Eco Barge) di Tasik Kenyir oleh En.Mazlan b. Abdullah, Pen. Peg. Keselamatan Ketengah, Tasik Kenyir. Taklimat Pengasingan Sisa Pepejal (Kitar Semula) oleh Pn. Siti Rahayu bt Mamat, Pegawai Kesihatan Persekitaran Majlis Perbandaran Kemaman.

Taklimat terakhir ialah Taklimat Asas Menyelamat Kelemasan di Air oleh En. Salleh b Abdullah, Pegawai Bomba Kanan II, JBPM Daerah Hulu Terengganu. Program ini turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Ahli-ahli Majlis, Setiausaha dan kakitangan Majlis Daerah Hulu Terengganu. Ia juga disertai oleh kira-kira 50 orang pengusaha bot dan 80 orang Pensyarah dan pelajar Politeknik Daerah Hulu Terengganu.

Aktiviti gotong royong turut diadakan melibatkan kawasan sekitar Tasik Kenyir. Program ini bertujuan untuk mendidik sekaligus memberi kesedaran kepada pengusaha houseboat dan pelancong berkenaan dengan kepentingan kebersihan kualiti air di Tasik Kenyir, mewujudkan kerjasama antara pihak Kerajaan, Swasta dan masyarakat dalam pembangunan bandar, menyampaikan maklumat mengenai Undang-undang Alam Sekitar serta menerapkan rasa tanggungjawab dan Pemilikan (ownership) kepada pengusaha houseboat terhadap kepentingan kebersihan dalam kualiti air serta keperluan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar bagi kesejahteraan generasi kini dan akan datang.
Pin It

MDHT logofooterMAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

TALIAN AM : 09-6811 149 / 466
FAKS : 09-6811 655
E-MEL : mdht@terengganu.gov.my
WAKTU OPERASI : Ahad - Khamis | 8:00pg - 5:00ptg

Penafian : Majlis Daerah Hulu Terengganu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Majlis Daerah Hulu Terengganu

MyGov Portal
TERENGGANU PAY
BILANGAN PREMIS DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU TERENGGANU