MAJLIS AMANAT YANG DIPERTUA, PELANCARAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-41 MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU DAN SESI IKRAR BEBAS RASUAH AHLI MAJLIS DAN KAKITANGAN MDHT

ISNIN, 30 JANUARI 2023: Majlis Amanat Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Perlancaran Sambutan Ulang Tahun Ke-41 Majlis Daerah Hulu Terengganu dan Sesi Ikrar Bebas Rasuah Ahli Majlis dan Kakitangan Majlis Daerah Hulu Terengganu bertempat di Dewan Majlis Daerah Hulu Terengganu, Kuala Berang yang dilancarkan oleh Tn. Haji Lukema Meri bin Salleh@ Abdul Latif, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu. Hadir ke majlis ini ialah En. Adnan bin Abdullah, Pegawai Daerah Hulu Terenggganu, KPKPj Hazrul Shazreen bin Abd Yazid, Pengarah SPRM Negeri Terengganu dan kakitangan, DSP Hasmerra bin Hassan, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Ahli-ahli Majlis MDHT, Ketua-ketua Jabatan, Bahagian dan Unit MDHT serta seluruh kakitangan Majlis Daerah Hulu Terengganu.

Sebagai pembuka tirai, majlis dimulakan dengan ceramah ‘KESEDARAN INTEGRITI DALAM KALANGAN PENJAWAT AWAM’ yang telah disampaikan oleh En. Mohd Hanafi b Abd Rahim, Ketua Unit Pendidikan Masyarakat SPRM Terengganu.

Tn. Haji Lukema Meri bin Salleh, Yang Dipertua MDHT dalam ucapan amanatnya menekankan beberapa fokus utama jabatan yang perlu diberi penekanan oleh semua jabatan, bahagian dan unit. Antaranya adalah dari segi usaha untuk meningkatkan hasil pendapatan MDHT melalui inisiatif baharu dalam meningkatkan kutipan bayaran lesen, kutipan sewaan premis, kutipan tunggakan sewaan premis, kutipan permit bangunan, ke arah sifar haiwan berkeliaran dan mengekalkan status bandar mampan. Beliau juga berharap agar seluruh warga kerja MDHT dapat mempertingkatkan lagi usaha di setiap jabatan, bahagian dan unit demi memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Sempena Ulang Tahun Penubuhan Ke-41 Tahun Majlis Daerah Hulu Terengganu beberapa program telah dirancang bagi mengisi sambutan Ulang Tahun ke-41 Majlis Daerah Hulu Terengganu. Program-program yang telah dirancang akan diadakan sepanjang tahun 2023. Program-program ini bukan sahaja melibatkan kakitangan MDHT malahan turut akan melibatkan penyertaan komuniti setempat bagi setiap program sempena Ulang Tahun Penubuhan Ke–41 Tahun MDHT ini.

Majlis Daerah Hulu Terengganu turut mengadakan Sesi Ikrar Bebas Rasuah (IBR) melibatkan semua Ahli Majlis dan kakitangan MDHT sekaligus menyokong dan mendukung inisiatif baharu yang diperkenalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hasil cetusan idea oleh mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM sendiri, Tan Sri Dzulkifli Ahmad. Ia memberi penekanan kepada ikrar dan janji yang dibuat oleh para kepimpinan organisasi dan warganya secara sukarela atas kapasiti sebagai individu untuk memastikan setiap individu yang menandatangani ikrar tersebut akan lebih bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas mereka dan menjauhkan diri daripada sebarang perlakuan rasuah selama mereka memegang jawatan tersebut. Justeru itu, matlamat IBR yang diadakan pada hari ini agar seluruh warga kerja MDHT akan sentiasa peka dan menghindarkan diri daripada terpalit dengan isu salah laku, penyelewengan,melakukan perkara-perkara yang melanggar etika sebagai penjawat awam

Pin It

MDHT logofooterMAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

TALIAN AM : 09-6811 149 / 466
FAKS : 09-6811 655
E-MEL : mdht@terengganu.gov.my
WAKTU OPERASI : Ahad - Khamis | 8:00pg - 5:00ptg

Penafian : Majlis Daerah Hulu Terengganu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Majlis Daerah Hulu Terengganu

MyGov Portal
TERENGGANU PAY
BILANGAN PREMIS DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU TERENGGANU