MAJLIS PELANCARAN BUKU PELAN ANTIRASUAH ORGANISASI (OACP) MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU 2022 – 2026, SUDUT I (INTEGRITI) DAN ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU TAHUN 2022

KHAMIS, 29 DISEMBER 2022: Majlis Pelancaran Buku Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Majlis Daerah Hulu Terengganu 2022 – 2026, Sudut I (Integriti) dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Majlis Daerah Hulu Terengganu Tahun 2022 yang telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja Datuk Tengku Farok Hussin bin Tengku Abdul Jalil, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu diiringi oleh Tn. Haji Lukema Meri bn Salleh@ Abdul Latif, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, En. Adnan Bin Abdullah, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, PKPj Tn. Sofian bin Haroon,Timbalan Pengarah (Pencegahan) SPRM Terengganu dan Tn. DSP Hasmerra Bin Hassan, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu yang telah diadakan di Dewan MDHT, Kuala Berang.

Turut diadakan ialah Sesi Bergambar bersama Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Majlis Daerah Hulu Terengganu 2022 kepada 14 orang kakitangan MDHT dan sijil dan Cenderamata Penghargaan kepada kakitangan bersara MDHT bagi Tahun 2022. Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja dan hadirin juga turut dipersembahkan dengan persembahan Silat Kura-kura, seni warisan bangsa yang menggambarkan kelembutan dan kehalusan seni budaya rakyat di Hulu Terengganu.

Setinggi penghargaan kepada Yang Berhormat Mulia Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu di atas kesudian meluangkan ruang dan masa, Tuan Sofian bin Haroon, Timbalan Pengarah (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Negeri Terengganu, Tuan Pegawai Daerah Hulu Terengganu dan kakitangan, Pegawai-Pegawai SPRM Negeri Terengganu, Ketua- ketua Jabatan Daerah Hulu Terengganu dan kakitangan, Ahli-ahli Majlis MDHT dan hadirin yang hadir menjayakan Majlis Perlancaran Buku Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) Majlis Daerah Hulu Terengganu 2022 – 2026, Sudut-I (Integriti) dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Majlis Daerah Hulu Terengganu Tahun 2022 ini.

Pin It

MDHT logofooterMAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

TALIAN AM : 09-6811 149 / 466
FAKS : 09-6811 655
E-MEL : mdht@terengganu.gov.my
WAKTU OPERASI : Ahad - Khamis | 8:00pg - 5:00ptg

Penafian : Majlis Daerah Hulu Terengganu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Majlis Daerah Hulu Terengganu

MyGov Portal
TERENGGANU PAY
BILANGAN PREMIS DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU TERENGGANU