MDHT TERIMA ANUGERAH BANDAR KOMUNITI BAHAGIA 2022

ISNIN, 20 MAC 2023:Penduduk Hulu Terengganu boleh tersenyum bangga apabila bandar Kuala Berang diiktiraf antara 5 bandar di seluruh negara sebagai ‘Bandar Komuniti Bahagia Tahun 2022’ berdasarkan 3 komponen utama yang dinilai melalui Indeks Kebahagiaan Bandar Malaysia sempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia 2022 dengan tema ‘Bahagia Bersama Malaysia Madani’ yang telah berlangsung di Putrajaya hari ini.

Pemilihan Bandar Hulu Terengganu sebagai ‘Bandar Komuniti Bahagia’ adalah berdasarkan 14 kriteria Indeks Kebahagiaan yang dilaksanakan melalui Sistem Jaringan Penunjuk Pembangunan Mampan Bandar Luar Bandar Malaysia (MURNInet) oleh Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia).

Apresiasi Khas anugerah 'Bandar Komuniti Bahagia' Tahun 2022 ini telah disampaikan oleh YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha KPKT mewakili YB Menteri KPKT. Hadir menerima Anugerah ini ialah Tn. Haji Lukema Meri bin Salleh@ Abdul Latif, Yang Dipertua MDHT dengan diiringi oleh Setiausaha dan kakitangan MDHT.

Tahniah dan syabas kepada semua Warga Kerja Majlis Daerah Hulu Terengganu, Ahli-Ahli Majlis, Ketua-Ketua Jabatan Negeri dan Daerah yang banyak membantu dan juga Warga Hulu Terengganu yang tercinta.

Pin It

MDHT logofooterMAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

TALIAN AM : 09-6811 149 / 466
FAKS : 09-6811 655
E-MEL : mdht@terengganu.gov.my
WAKTU OPERASI : Ahad - Khamis | 8:00pg - 5:00ptg

Penafian : Majlis Daerah Hulu Terengganu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Majlis Daerah Hulu Terengganu

MyGov Portal
TERENGGANU PAY
BILANGAN PREMIS DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU TERENGGANU