Soalan Lazim

Image
 



1. Apakah itu Cukai Taksiran AM / Cukai Pintu ?

Cukai Taksiran Am / Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan keatas pegangan berkadar seperti :-

  • Rumah Kediaman
  • Harta Perniagaan dan Perusahaan  (Kedai,Kilang Hotel dsd).Yang terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT)

2. Bagaimana Ianya dibayar?

Cukai Taksiran Am / Cukai Pintu dibayar 2 kali setahun iaitu :-

  • ½ tahun pertama – 1hb.Januari hingga 28hb.Februari
  • ½ tahun kedua – 1hb.Julai hingga 31hb.Ogos bagi tiap-tiap tahun.

3. Apakah yang akan terjadi kepada anda sekiranya tidak menjelaskan cukai dalam tempoh tersebut?

Mengikut akta 171, anda boleh dikenakan tindakan-tindakan seperti berikut :-

  • Bagi tunggakan kurang dari RM200.00 denda dikenakan sebanyak RM2.00. Bagi tunggakan lebih dari RM 200.00 denda dikenakan sebanyak 1%.
  • Notis (borang E) akan dikeluarkan kepada anda. Anda dikehendaki  menjelaskan dalam masa 15 hari daripada tarikh notis.
  • Jika masih gagal, waran tahanan akan dikeluarkan kepada anda. Waran ini membolehkan MDHT merampas barang-barang yang ada di dalam bangunan, atau menutup bangunan daripada menjalankan operasinya atau melelong bangunan/tanah melalui Pendaftar Mahkamah Tinggi mengikut seksyen 151, Bayaran waran sebanyak 10% juga akan dikenakan.

4. Bagaimana untuk elakkan kena denda atau tindakan mahkamah?

Bayar segera sebelum 28hb. Februari / 31hb.Ogos pada tiap-tiap tahun.

5. Apa yang perlu anda lakukan jika bil-bil tidak diterima?

Datang sendiri ke Pejabat MDHT untuk mendapatkan bil-bil tuan/puan. Jangan lupa bawa maklumat seperti :-

  • No.Lot / No.Rumah dan kedudukan harta.
  • No.Akaun (jika ada) atau
  • Bawa bil lama untuk rujukan

6. Jika anda hanya seorang penyewa rumah/bangunan tersebut, Apa harus anda lakukan?

Anda boleh mengemukakan bil-bil ini kepada pemilik untuk bayaran segera. Jika pemilik gagal untuk menjelaskan cukai tersebut, harta anda di dalam bangunan itu akan dirampas oleh itu anda boleh melindunginya dengan membayar sewanya kepada MDHT sehingga tunggakan dijelaskan. Peruntukan seksyen 151(6), Akta 171, Kerajaan Tempatan, melindungi anda.

7. Apakah yang harus anda lakukan apabila anda ingin membeli rumah?

Semak dulu dengan MDHT untuk nama yang didaftar dan tunggakan yang masih ada bagi rumah tersebut untuk mengelakkan anda menyesal dikemudian hari. Seksyen 146, Akta 171 menegaskan bahawa semua tunggakan adalah menjadi tanggungjawab pemilik pada masa itu untuk menjelaskannya. Anda dinasihatkan supaya menyemak dahulu perkara ini dengan peguam atau agen pengurusan yang menguruskan urusniaga harta tersebut untuk menentukan tunggakan telah dijelaskan oleh pemilik sebelumnya.

8. Jika anda telah menukar milik / menjual / mewariskan rumah / harta, Apa perlu anda buat?

Beritahu kepada MDHT dengan mengisikan :

  • Borang I dan lain-lain yang berkenaan dalam tempoh 3 bulan selepas pindah milik / penjualan.
  • Borang J dan lain-lain yang berkenaan dalam tempoh 1 tahun selepas kematian pemilik harta bagi harta yang diwariskan.Jika gagal pihak MDHT boleh mengambil tindakan mengikut seksyen 160(6), Akta 171 Kerajaan Tempatan.

9. Jika rumah anda kosong (Tidak didiami bolehkah anda mendapat pelepasan cukai)?

Cukai keatas harta anda boleh dikurangkan dengan syarat anda member notis secara bertulis kepada MDHT mengenai kekosongan itu. Anda juga perlu memberitahu MDHT jika bangunan tersebut telah :-

  • Diruntuhkan
  • Diubah ketapak lain
  • Dimusnahkan oleh kebakaran, angin rebut atau sebab-sebab lain.

10. Jika anda tidak mampu, Bagaimana untuk menjelaskan cukai?

MDHT akan menimbangkan untuk bayaran dibuat secara ansur. Untuk itu, anda dinasihatkan untuk datang sendiri ke Pejabat MDHT bagi membincangkan perkara ini dengan pihak MDHT. Pihak MDHT juga bersedia menyelesaikan lain-lain masalah anda mengenai cukai taksiran / cukai pintu.

 

1. Apakah perbezaan antara Majlis Daerah/Majlis Perbandaran dengan Pihak berkuasa Tempatan (PBT)?

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negara ini dibahagikan kepada tiga kategori seperti berikut:

1. Majlis/Dewan Bandar Raya
2. Majlis Perbandaran
3. Majlis Daerah

. Majlis/Dewan Bandar Raya ialah Majlis Perbandaran yang dinaikkan taraf bandar raya setelah memenuhi kriteria tertentu. Kriteria bagi Majlis/Dewan Bandar Raya ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM20 juta.

. Majlis Perbandaran lebih tertumpu kepada bandar (urban) jika dibandingkan dengan Majlis Daerah dan mempunyai penduduk dan hasil yang melebihi Majlis Daerah. Kriteria bagi Majlis Perbandaran ialah jumlah penduduk yang melebihi 100,000 orang dan hasil tahunan melebihi RM5 juta.

. Majlis Daerah lebih tertumpu kepada luar bandar (rural-based). Kriteria bagi Majlis Daerah ialah jumlah penduduk kurang daripada 100,000 orang dan hasil tahunan kurang daripada 5 juta.

2. Berapakah bilangan PBT yang terdapat di Malaysia sekarang?

145 buah PBT (termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), iaitu Majlis Perbandaran (MP) 31 buah; Majlis Daerah (MD) 114 buah.

 

Terdapat juga beberapa badan lain yang diberi kuasa oleh Kerajaan Negeri masing-masing untuk melaksanakan fungsi-fungsi PBT seperti: PBT Kulim Hi-Tech, PBT Pasir Gudang, Perbadanan Putrajaya dan sebagainya.

3. Adakah kesemua PBT di Malaysia terletak di bawah bidang tugas Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)?

Kesemua PBT terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri masing-masing. Bidang tugas KPKT adalah untuk menyelaras PBT-PBT tersebut dari segi penyeragaman dasar dan perundangan, memberi khidmat nasihat termasuk khidmat nasihat teknikal dan penyaluran peruntukan daripada Kerajaan Persekutuan.

4. Bagaimana orang ramai boleh membuat aduan mengenai isu/masalah yang dihadapi di dalam kawasan PBT?

Orang ramai boleh membuat aduan terus kepada PBT yang berkenaan ataupun kepada KPKT.

5. Apakah sampah pukal (tilam, almari buruk dan sebagainya) di pungut seperti mana kekerapan pungutan sampah biasa ?

Sampah pukal di pungut sekali seminggu sahaja.

6. Jika pihak yang di pertanggungjawabkan tidak melaksanakan kerja-kerja pembersihan sampah, apakan tindakan yang boleh diambil oleh pengguna atau orang ramai?

Pihak Penguna boleh membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhampiran untuk membolehkan tindakan pembersihan dijalankan secepat mungkin

7. Apakah warna tong kitar semula?

Warna tong kitar semula adalah seperti berikut :

Warna Biru - Untuk kertas
Warna Jingga - Untuk tin aluminium, tin keluli dan plastic
Warna Coklat - Untuk kaca

8. Bilakah tarikh sambutan Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan?

Hari Kitar Semula Peringkat Kebangsaan disambut pada 11 November setiap tahun.

9. Apakah yang menyebabkan berlakunya deman denggi?

Virus denggi

10. Apakah jenis nyamuk yang membawa virus denggi?

Nyamuk Aedes



Pin It

MDHT logofooterMAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

TALIAN AM : 09-6811 149 / 466
FAKS : 09-6811 655
E-MEL : mdht@terengganu.gov.my
WAKTU OPERASI : Ahad - Khamis | 8:00pg - 5:00ptg

Penafian : Majlis Daerah Hulu Terengganu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Majlis Daerah Hulu Terengganu

MyGov Portal
TERENGGANU PAY
BILANGAN PREMIS DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU TERENGGANU