LAWATAN KERJA KE WAT AKIYAKIRI, KAMPUNG PAUH LIMA KOTA BAHRU
LAWATAN KERJA KE WAT AKIYAKIRI, KAMPUNG PAUH LIMA KOTA BAHRU
ISNIN, 24 OGOS 2026 : Satu lawatan kerja yang di Ketuai oleh YB Dato’ Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu, bersama YB Ir. Haji Saiful Azmi bin Suhaili, Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Terengganu telah diadakan di Wat Akiyakiri, Kg Pauh Lima, Kota Bharu.
Delegasi telah disambut oleh YB Wan Rohimi Wan Daud, ADUN Melor, bersama Ketua Whip MDKPI, Encik Mohd Asri Yunus serta pegawai-pegawai MDKPI. Turut serta dalam lawatan tersebut, En Hamdan bin Mohd Nor Setiausaha Majlis Daerah Hulu Terengganu dan Puan Asfazilah binti Samad, Timbalan Pengarah (Perancangan) PLANMalaysia Negeri Terengganu.
Pelbagai maklumat mengenai pengurusan dan pengoperasian krematorium diperolehi hasil dari lawatan tersebut. Di samping itu pihak delegasi juga mendapat gambaran sebenar mengenai aspek-aspek berkaitan yang boleh dijadikan rujukan dalam meneliti perancangan kemudahan seumpamanya di Hulu Terengganu.
Sepanjang lawatan, turut berlangsung perkongsian pandangan dan maklumat yang memberi manfaat kepada pihak-pihak terlibat, khususnya dalam memahami keperluan pengurusan kemudahan tersebut dari sudut pihak berkuasa tempatan. Penerangan lanjut turut diberikan oleh Encik Koo Bon Chin wakil dari Pertubuhan Perkuburan Tionghua Wakaf Tapai, Marang berkenaan cadangan pembangunan yang akan di bangunkan di Daerah Hulu Terengganu. Penerangan dan pandangan dari pelbagai pihak tersebut dapat dijadikan panduan oleh Pihak Berkuasa Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan dalam melayani permohonan yang diterima dan membuat keputusan.
Diharapkan lawatan ini juga dapat memberi idea serta input baharu dalam merancang pembangunan daerah yang lebih tersusun, inklusif, berdaya huni dan mesra komuniti, dan mewujudkan persekitaran yang lebih selesa untuk masyarakat.