Langkau ke kandungan
Pengumuman

PELAKSANAAN PEMBAYARAN TANPA TUNAI SEPENUHNYA BERSAMA MDHT

Kongsi
PELAKSANAAN PEMBAYARAN TANPA TUNAI SEPENUHNYA BERSAMA MDHT

MAKLUMAN RASMI: PELAKSANAAN PEMBAYARAN TANPA TUNAI SEPENUHNYA BERSAMA MDHT

Majlis Daerah Hulu Terengganu (MDHT) ingin memaklumkan bahawa semua urusan pembayaran hendaklah dibuat secara TANPA TUNAI SEPENUHNYA bermula 1 September 2026. Transaksi tunai tidak lagi diterima selepas tarikh tersebut.

- Fasa Peralihan: Kini sehingga 31 Ogos 2026 sahaja bagi memberi ruang kepada pelanggan menyesuaikan diri.

- Kaedah Pembayaran: Kad Debit/Kredit, Pemindahan Atas Talian, QR Payment, PBTPay*, dan Terengganu Pay (TPay)*.(Nota: Penggunaan PBTPay dan Terengganu Pay (TPay) adalah khusus untuk urusan cukai dan sewaan sahaja).

- Kelebihan: Mudah digunakan bila-bila masa, transaksi lebih pantas/efisien, serta lebih selamat dan terjamin.

Mohon kerjasama seluruh warga Hulu Terengganu untuk beralih ke arah digital demi kemudahan bersama.

Hubungi MDHT di talian 09-6811 466 atau e-mel kewanganmdht@gmail.com untuk sebarang pertanyaan.

Berita Berkaitan

SELAMAT DATANG, PUAN NOREHAN BINTI MOHAMAD

SELAMAT DATANG, PUAN NOREHAN BINTI MOHAMAD

SELAMAT DATANG, PUAN NOREHAN BINTI MOHAMAD Seluruh warga Majlis Daerah Hulu Terengganu dengan penuh rasa hormat dan tulus hati mengalu-alukan kehadiran puan sebagai Setiausaha Majlis Daerah Hulu Terengganu. Semoga kehadiran puan menjadi suntikan semangat, membawa idea dan inspirasi baharu di Majlis Daerah Hulu Terengganu. Selamat datang dan selamat menjalankan amanah. Semoga setiap langkah yang diatur dipermudahkan dan segala usaha yang dicurahkan memberi manfaat serta meninggalkan nilai yang bermakna buat kita semua di Hulu Terengganu.

Baca Lagi
SELAMAT MAJU JAYA & TERIMA KASIH

SELAMAT MAJU JAYA & TERIMA KASIH

SELAMAT MAJU JAYA & TERIMA KASIH Sekalung penghargaan buat En. Mohd Hamdan bin Mohd Nor, Setiausaha, atas segala dedikasi, komitmen dan sumbangan sepanjang berada di Majlis Daerah Hulu Terengganu. Setiap amanah yang dilaksanakan dan setiap sumbangan yang dicurahkan pastinya menjadi sebahagian daripada perjalanan serta kenangan yang akan terus dihargai. Semoga terus cemerlang dalam amanah baharu di Majlis Perbandaran Dungun. Terima kasih atas segala jasa. Selamat melangkah ke destinasi baharu.

Baca Lagi
MAJLIS SEKALUNG BUDI MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU

MAJLIS SEKALUNG BUDI MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU

MAJLIS SEKALUNG BUDI MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU ISNIN, 14 SEPTEMBER 2026 : Majlis Sekalung Budi Majlis Daerah Hulu Terengganu telah diadakan di Dewan Terbuka Majlis Daerah Hulu Terengganu sebagai tanda penghargaan dan apresiasi kepada Setiausaha Majlis Daerah Hulu Terengganu, Encik Hamdan bin Mohd Nor, yang akan bertukar perkhidmatan ke Majlis Perbandaran Dungun. Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, Encik Nik Mohd Syahrom bin Nik Md Hashim, Ahli-ahli Majlis serta seluruh warga kerja Majlis Daerah Hulu Terengganu. Penganjuran majlis ini merupakan satu penghormatan kepada Encik Hamdan bin Mohd Nor atas segala khidmat bakti, komitmen, dedikasi dan sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau bersama Majlis Daerah Hulu Terengganu. Segala jasa dan usaha yang telah diberikan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh seluruh warga kerja MDHT. Sesungguhnya, perpindahan ini bukanlah noktah kepada sebuah hubungan, sebaliknya menjadi lembaran baharu untuk terus mengukir kecemerlangan dalam perkhidmatan awam. Seluruh warga kerja Majlis Daerah Hulu Terengganu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan. Semoga Encik Hamdan bin Mohd Nor terus dikurniakan kejayaan, dipermudahkan segala urusan serta mencapai kecemerlangan dalam menjalankan amanah di Majlis Perbandaran Dungun. Sekalung budi, setinggi-tinggi penghargaan. Jasa dikenang, bakti disanjung

Baca Lagi
SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA EN. MOHD FADLI B. NGAH

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA EN. MOHD FADLI B. NGAH

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada penerima - penerima atas pengurniaan anugerah sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-64 Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin. Pengurniaan tersebut disempurnakan dalam Istiadat Penghadapan dan Istiadat Pengurniaan Bintang-Bintang Darjah Kebesaran Negeri. MENJUNJUNG KASIH TUANKU.

Baca Lagi