HEBAHAN PERMOHONAN EJEN PARKING
Dimaklumkan bahawa Majlis Daerah Hulu Terengganu sedang membuka permohonan kepada para penyewa yang berminat untuk menjadi Ejen Parking di bawah seliaan majlis.
Syarat permohonan :
-Warganegara Malaysia atau syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM);
-Mempunyai kedudukan kewangan yang stabil
- Mempunyai lesen perniagaan yang sah (jika berkaitan);
-Tidak terlibat dalam sebarang aktiviti penyelewengan;
- Bersetuju mematuhi semua terma dan syarat yang ditetapkan oleh Majlis.
Penyewa yang berkelayakan dan berminat adalah dipelawa untuk mengemukakan permohonan melalui aplikasi HTPark.
Sebarang pertanyaan dan permohonan boleh dikemukakan kepada :
-UNIT TEMPAT LETAK KERETA, JABATAN PERBENDAHARAAN
- PEJABAT : 09-681 1466
-WHATSAPP SAHAJA : 013-947 1466













