MAJLIS PELANCARAN APLIKASI PINTAR TEMPAT LETAK KERETA (HTPark) MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU
SELASA, 31 Mac 2026 : Majlis Pelancaran Aplikasi Pintar Tempat Letak Kereta Majlis Daerah Hulu Terengganu, dikenali sebagai HTPark, telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Besar, Majlis Daerah Hulu Terengganu. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu, En. Mohd Nasir bin Kasim.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ahli-Ahli Majlis serta kakitangan Majlis Daerah Hulu Terengganu. Pelancaran aplikasi pintar HTPark ini merupakan satu inisiatif penting dalam usaha mempertingkatkan kecekapan pengurusan tempat letak kereta di kawasan pentadbiran majlis, di samping menyokong agenda pendigitalan perkhidmatan awam.
Aplikasi HTPark boleh dimuat turun melalui App Store, Google Play Store dan Huawei Gallery, membolehkan orang ramai menikmati kemudahan sistem parkir yang lebih teratur, efisien dan mesra pengguna, selaras dengan hasrat ke arah perkhidmatan yang lebih moden dan berinovasi.






















































