PROGRAM TABARRU’ MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU SEMPENA RAMADHAN 1447H/2026M
KHAMIS, 20 MAC 2026 : Majlis Daerah Hulu Terengganu telah mengadakan Program Tabarru’ Majlis Daerah Hulu Terengganu Sempena Ramadhan 1447H/2026M. Hadir bagi sesi penyampaian sumbangan kepada penerima-penerima bantuan ialah Yang Dipertua, En. Mohd Nasir Bin Kassim hadir bagi sesi penyampaian sumbangan kepada penerima-penerima bantuan.
Sekali lagi setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih daripada pihak kami kepada Syarikat Faiza Cawangan Pantai Timur (Terengganu), Adabi Terengganu (M) Sdn. Bhd., Pejabat Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Pusat Khidmat Masyarakat DUN Ajil, Kuala Berang dan Telemong yang sudi menghulurkan bantuan dengan memberikan sumbangan bagi menjayakan sekaligus melancarkan program ini.
























