SESI LAWATAN PENGERUSI JAWATANKUASA KESIHATAN, PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN KE BAZAR RAMADAN KUALA BERANG TAHUN 2026/1447H
SELASA, 03 Mac 2026 : YB. Dato’ Haji Wan Sukairi bin Wan Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Terengganu telah mengadakan sesi lawatan ke Bazar Ramadan Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Lawatan tersebut dimulakan dengan Majlis Pelancaran Kempen Tiada Beg Plastik serta Pemberian Penyedut Minuman Atas Permintaan peringkat Daerah Hulu Terengganu sebagai usaha meningkatkan kesedaran terhadap amalan mesra alam dalam kalangan peniaga dan pengunjung. Beliau turut menyempurnakan gimik pelancaran kempen serta menerima cenderamata penghargaan sebelum mengadakan sesi bergambar.
Selesai majlis, beliau meneruskan lawatan ke gerai-gerai bazar bagi menyantuni para peniaga di samping mengagihkan apron dan beg kempen kepada peniaga terlibat.
Turut mengiringi beliau En. Mohd Nasir bin Kasim, Yang Dipertua Majlis daerah Hulu Terengganu, Setiausaha, Ahli Majlis dan Ketua-ketua Jabatan Majlis Daerah Hulu Terengganu.













































































