AHAD, 31 OGOS 2025 : Tahniah dan Syabas kepada Kontijen Perbarisan Kawad Kaki Majlis Daerah Hulu Terengganu merangkul Tempat ke-3 dalam pertandingan Perarakan dan Perbarisan Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025 Peringkat Negeri Terengganu Darul Iman yang bertemakan “Malaysia Madani Rakyat Disantuni” bagi kategori Badan Berkanun Tidak Beruniform.
Yang Dipertua MDHT, YBrs. Encik Mohd Nasir bin Kasim mewakili Kontijen Perbarisan MDHT naik ke pentas bagi menerima hadiah tersebut. Turut hadir juga Tuan Setiausaha bagi memberikan sokongan kepada kontijen perbarisan MDHT.
Terima kasih diucapkan kepada pihak yang terlibat terutama sekali kepada pihak pengurusan dan urusetia perbarisan kawad kaki MDHT yang sentiasa memberikan yang terbaik kepada kontijen perbarisan kawad kaki MDHT. Tahniah & Syabas sekali lagi!
MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!