MESYUARAT JAWATANKUASA PERUNDINGAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN (JPPBT) BIL. 2/2023 BAGI ZON TIMUR

SELASA, 15 OGOS 2023: Tn. Haji Lukema Meri bin Salleh@ Abdul Latif, Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Terengganu menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Pihak Berkuasa Tempatan (JPPBT) Bil. 2/2023 bagi Zon Timur yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Mohd Fazli bin Kenali, Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan bertempat di Majlis Bandaraya Kuantan(MBK) selaku 'host city' bagi mesyuarat JPPBT Bil. 2/2023 pada kali ini.

Hadir ke mesyuarat ini adalah semua Datuk Bandar, Yang Dipertua serta wakil-wakil Pihak Berkuasa Tempatan daripada Zon Timur. Mesyuarat ini bertujuan untuk menyampaikan keputusan-keputusan Mesyuarat Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan(MNKT) dan keputusan Pengurusan Tertinggi Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan(KPKT) untuk penyelarasan tindakan di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan(PBT).

Pin It

MDHT logofooterHULU TERENGGANU DISTRICT COUNCIL,
21700 Kuala Berang,
Terengganu Darul Iman.

GENERAL LINE : 09-6811 149 / 466
FAX : 09-6811 655
E-MAIL : mdht@terengganu.gov.my
OPERATION HOURS : Sunday - Thursday | 8:00am - 5:00pm

Disclaimer : Hulu Terengganu District Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this Portal.

Majlis Daerah Hulu Terengganu

MyGov Portal
TERENGGANU PAY
BILANGAN PREMIS DI BAWAH SELIAAN MAJLIS DAERAH HULU TERENGGANU TERENGGANU